Ribuan pelajar sekolah menengah Kota Belud terima manfaat SIM Kad Percuma sumbangan redONE Sabah

KOTA BELUD: Ribuan pelajar sekolah menengah di daerah Kota Belud bakal menerima manfaat program SIM kad percuma yang disumbangkan oleh redONE SABAH.

Pengerusi redONE Sabah, Borneo Shopping Sdn Bhd Rashid Liaw berkata ia merupakan sebahagian daripada program CSR redONE, syarikat telco MVNO Celcom.

“Pihaknya sedang mengagih-agihkan SIM Kad percuma itu kepada semua Pelajar sekolah menengah seluruh Daerah Kota Belud yang ada memiliki kad pengenalan,” katanya pada majlis pelancaran program SIM Kad percuma di
Sekolah Menengah Agama Tun Said di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

SIM kad redONE itu bernilai RM70 dan RM15 untuk bulan pertama.

Dengan RM15, pelajar boleh membeli redfast data 10gb redONE yang menyediakan RM5 berserta 500Mb setiap bulan berikutnya.

Panggilan kepada redONE prepaid adalah percuma, dan meskipun tidak ada credit
Sim kad tersebut boleh diguna selama 12 bulan walaupun tidak ada reload.

redONE merupakan penaja utama swasta Sabah FC. Dengan reload RM50, pelajar boleh memperolehi Jersi Sabah FC secara percuma.

Dengan itu, pelajar-pelajar dapat mengakses secara online untuk mencari informasi yang mereka perlukan selain dapat menghubungi keluarga mereka secara percuma.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles