Presiden KDM Peter Anthony buat laporan polis susulan artikel kaitkan SPRM tokok tambah kenyataan saksi utama

KOTA KINABALU: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony membuat laporan polis susulan satu artikel di media sosial mengaitkan saksi utama perbicaraannya yang mendedahkan bahawa pihak SPRM telah menokok tambah laporan yang dibuatnya sekitar lapan tahun yang lepas.

Advertisements

Peter membuat laporan itu hari ini jam 1.57 petang di Balai Polis Penampang untuk tujuan mendapatkan perbicaraan semula dan menggugurkan semua kes sabitan yang dikenakan terhadapnya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Peter yang juga ADUN Melalap berkata pada 24 Jun lepas, semasa dalam perjalanan di kawasan Melalap, Tenom, beliau terbaca artikel di dalam media sosial berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh saksi utama Mohd Shukur Bin Mohd Din di balai polis Penampang pada 9 Ogos 2018.

Menurutnya, kandungan laporan yang dibuat oleh Mohd Shukur itu menyatakan bahawa pihak pegawai SPRM telah menokok tambah laporannya yang dibuat pada 20 Julai 2017.

Peter berkata Mohd Shukur juga telah memaklumkan bahawa laporan yang dibuatkan tidak betul.

“Oleh itu, laporan ini saya buat untuk tindakan lanjut pihak polis, pihak mahkamah rayuan, dan juga pihak pegiam negara,” katanya.

Peter berkata laporan polis itu dibuat bagi mendapatkan perbicaraan semula kes dan menggugurkan semua sabitan yang dikenakan terhadap presiden KDM itu.

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony kerana memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), sembilan tahun lepas.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles