Pembangunan rumah-rumah ibadat di Penampang akan terus diberi perhatian: Ewon

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, keperluan dan pembangunan rumah-rumah ibadat di kawasan Penampang akan terus diberi perhatian selain perhatian kepada pembangunan-pembangunan lain.

Advertisements

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengulangi komitmennya untuk terus bekerja keras ‘membubut’ peruntukan pembangunan untuk manfaat penduduk Penampang.

“Sebagai wakil rakyat Penampang, saya akan berusaha memastikan pembangunan dan keperluan penduduk di sini terus diberi perhatian. Jaminan saya kepada penduduk Penampang ialah bekerja keras ‘membubut’ peruntukan pembangunan.

“Pembangunan yang kita rancang termasuklah keperluan gereja. Pada April lalu, saya telah menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Holy Nativity Parish Terawi Penampang bagi menjayakan sambutan Pesta Kaamatan Peringat Diosis kota Kinabalu yang disertai 23 paroki seluruh diosis Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena Sambutan Kaamatan Gereja St.Benedick Kg.Timbangoh Laut, Penampang, di Balai Umat St.Benedict, baru-baru ini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri, Carl Moosom.

Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, kesemua keperluan pembangunan di kawasan Penampang akan dimasukkan dalam Pelan Pembangunan Penampang yang kini sedang dilaksanakan oleh Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS).

Katanya, pelan pembangunan itu akan memudahkan kerajaan dan pemimpin merancang serta melaksanakan semua projek pembangunan di Penampang seterusnya menjadi rujukan kepada Rancangan Pembangunan Malaysia dan Rancangan Pembangunan Sabah akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles