Wanita Gagasan Rakyat Lawat Mangsa Kebakaran di Kg Kesapang Kota Belud

Oleh Liza Din

Advertisements

KOTA BELUD: EXCO Wanita Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Hasrina Wati Datuk Golkhan mewakili Wanita Gagasan Rakyat Sabah bersama Ketua Wanita Gagasan Rakyat DUN Tempasuk Fadzilah Noordin melawat mangsa kebakaran di Kampung Kesapang, Kota Belud kelmarin.

Salah seorang mangsa yang terkesan daripada kebakaran yang melanda di Kampung Kesapang, Kota Belud merupakan seorang Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Kota Belud. Rumah yang telah beliau diami bersama keluarga termasuk keperluan peribadi hangus terbakar akibat kejadian itu.

Setelah menyantuni dan meluangkan masa mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian keluarga mangsa, Hasrina yang juga merupakan Ketua Wanita Gagasan Rakyat DUN Usukan menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai serta bantuan berupa bakul makanan mewakili Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah Datuk Redonah Bahanda.

Wanita Gagasan Rakyat amat bersimpati dengan kemusnahan harta benda milik PBB Khairul . Bak kata pepatah,berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Meskipun tidak mampu menyelesaikan semua masalah, Wanita PGRS berharap agar sumbangan yang disampaikan akan mengurangkan semua kesulitan dan dipermudahkan segala urusan. Semoga beliau dan keluarga terus tabah dan diberikan kekuatan menghadapi ujian .

Rombongan amal itu turut disertai AJK Wanita Bahagian yang mewakili DUN Usukan dan DUN Tempasuk.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles