KOTA KINABALU: Ketua Wanita Umno bahagian Penampang Datuk Noraini Idris dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah baharu bagi sesi 2023-2026
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Wanita UMNO Malaysia hari ini ( jumaat ) di Menara Dato On Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan media Wanita UMNO itu, ia turut mengumumkan pelantikan tiga pegawai utama Datuk Rosni Sohar dilantik sebagai Setiausaha, Datin Maizatul Akmam Alawi sebagai Bendahari dan Datuk Rosni Zahari sebagai Ketua Penerangan.
Noraini yang diamanahkan mengetuai Wanita UMNO Sabah untuk sesi 2023-2026 memulakan kerjanya dalam bidang politik apabila menyertai UMNO Sabah pada tahun 2001 dan merupakan pemimpin dalam Puteri UMNO Sabah apabila dilantik sebagai Setiausaha. Beliau kemuduan dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Penampang. pada tahun 2004, beliau telah terpilih sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia.
Noraini kemudiannya terpilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang dan juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah.
Pada 9 Disember 2021, beliau telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menjadi Ahli Dewan Negara Malaysia.
Noraini ketika dihubungi berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah ,datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan dan memerlukan sokongan dari semua pihak terutamanya pimpinan Wanita UMNO di semua peringkat khsusnya di negeri ini.
“Saya faham tanggungjawab ini bukan mudah tapi saya yakin jika ada semangat kerja berpaskukan yang tinggi dari kalanangan pimpinan Wanita di semua peringkat kita akan pastikan Wanita UMNO akan kekal sebagai barisan hadapan parti yang akan mempastikan kelangsungan perjuangan parti keramat ini berterusan dan mengembalikan kuasa yang dimiliki sebelum ini” katanya
Sambil mengucapkan terima kasih atas kepercayaan pucuk pimpinan Wanita UMNO yang diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, beliau berkata bukan mudah melaksanakan amanah ini namun dengan adanya kerjasama serta sokongan ahli parti khususnya Wanita UMNO Sabah insyallah amanah yang diberikan akan dilaksanakan sepenuhnya , apa lagi untuk tempoh hanya tinggal beberapa tahun ini Pilihanraya Negeri akan berlangsung terlalu banyak cabaran bakal dilalui bagi mempastikan UMNO kekal relevan dan diterima oleh rakyat Sabah walaupun pelbagai prsepasi negatif mula dimainkan oleh pihak tertentu di negeri ini.
Sementara itu, Ketua Puteri bahagian UMNO Papar Ummi Nabilah Datuk Jamal (gambar ) dilantik sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah yang baru bagi mengambil alih tugas tersebut dari Datuk Fadilah Sabri yang tamat tempoh.
Untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah setakat ini belum ada pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kecuali beberapa di negeri-negeri di semanajung ini kemungkinan ada bahagian pergerakan pemuda UMNO di negeri Sabah belum selesai bersidang antaranya di tangguhkan, bagaimana pun sumber tidak rasmi Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kudat Sufian Karim adalah calon berpotenasi untuk menjawat jawatan tersebut.
Ketika diminta mengulas pemilihan ketiga-ketiga pemimpin ini untuk mengetuai sayap-sayap UMNO Sabah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin turut mengucapkan tahniah atas pelantikan mereka dan berharap ianya akan menjadi anjakan paradigma untuk memperkasakan lagi peranan parti di semua peringkat .
“Tahniah kepada mereka yang dipilih anggaplah pelantikan ini sebagai satu amanah dan tanggunjawab besar kepada parti dengan satu semangat perjuangan yang kental,membudayakan prinsip kesetiaan dan keutamaan kepada parti” katanya.