Suhaimi gesa KDN selesaikan permohonan kewarganegaraan kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan proses permohonan kewarganegaraan bagi kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah.

Advertisements

Beliau juga turut meminta KDN menyelesaikan isu penduduk Malaysia yang sudah bermastautin di Malaysia tetapi permohonan mereka masih belum mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan.

Suhaimi telah membangkitkan isu taraf kewarganegaraan berkenaan kerana turut berlaku dibeberapa kawasan dalam parlimennya seperti Kampung Pulau Nunuyan, Kampung Pulau Libaran, Kampung Semawang dan banyak lagi.

“Punca utama kepada permasalah ini ialah terdapat sebilangan pasangan ibu atau bapa yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.
Apabila pasangan ibu atau bapa ini berpisah anak-anak mereka hanya memiliki surat beranak sahaja.

“Lebih memburukkan keadaan lagi apabila anak-anak ini sudah dewasa mereka tidak dapat membuat kad pengenalan disebabkan oleh mereka tiada rekod rawatan di klinik-klinik kerajaan”, katanya.

Suhaimi menjelaskan dimana ia melihat antara sebab anak-anak ini tidak mendapat rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan adalah kerana kedudukan jarak rumah mereka jauh dan memerlukan kos yang tinggi untuk pergi mendapatkan rawatan.

“Lebih menyedihkan lagi, apabila kad pengenalan ini tidak dapat dibuat anak-anak ini sukar untuk melanjutkan pelajaran di sekolah. Mereka terpaksa membayar yuran yang mahal sekiranya mahu meneruskan persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, kelmarin.

Suhaimi menyambut baik peningkatan peruntukan pendaftaran negara dari RM 363.9 juta pada tahun 2022 kepada RM 387.8 juta pada tahun 2023.

Justeru itu, beliau mahu kementerian mengatasi segera dua isu untuk diselesaikan kerana perkara ini telah berlanjutkan sekian lama.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Libaran ini turut membangkitkan isu bekalan air di pangsapuri PDRM Sandakan yang terletak di Batu 4, Sandakan.

“Maklumat yang saya perolehi mengenai isu ini adalah sistem perpaipan di perumahan ini telah berkarat. Sekiranya air ini digunakan untuk minum ianya sangat tidak baik untuk kesihatan”, katanya.

Suhaimi mahu melihat perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian kerana ianya boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan anggota polis yang menetap disitu.

Beliau turut bertanya menerusi peruntukan sebanyak RM 44.8 juta pada tahun 2023 ini, berapakah jumlah yang diperuntukkan oleh kementerian bagi menyelesaikan isu sistem perpaipan di kawasan perumahan polis ini serta adakah terdapat sebarang
jaminan bahawa isu ini akan diselesaikan segera?.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles