KOTA KINABALU – Sempena minggu Sains Negara dan Karnival Sains Sabah 2022, Pusat U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan program 3S ‘Stem Speaker Series’ bagi memperkasa lagi budaya Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang bertajuk ‘Wonder of Robotics: Present and Future’ secara maya, baru-baru ini.
Perkongsian itu disampaikan oleh pensyarah Fakulti Kejuruteraan (FKJ), UMS Prof. Madya Ir. Dr. Muralindran Mariappan yang bergiat aktif dalam bidang robotik.
Pada perkongsian itu, Dr. Muralindran menjelaskan setiap benda yang bersifat automatik termasuklah kenderaan, pekerjaan, bidang pertanian, pelancongan dan bidang penerokaan masa kini adalah menggunakan teknologi robot yang telah dibantu oleh Artificial Intelligent (AI), Teknologi Pengkomputeran dan Internet of Thing (IoT).
“Keajaiban robotik mampu membentuk semula masa hadapan dalam hampir semua perkara termasuk perjalanan, pekerjaan dan penerokaan.
“Kemajuan perisian dalam AI, Teknologi Pengkomputeran dan IoT membantu meningkatkan teknologi robotik. Ia adalah cara masa hadapan yang tidak dapat dielakkan,” katanya.
Tambah beliau robot memainkan peranan yang penting dalam pelbagai aspek kehidupan serta mampu beradaptasi dengan persekitaran manusia.
“Robotik sangat membantu memudahkan tugasan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia, contohnya kerja yang berbahaya dan membosankan.
“Robot adalah lebih pantas, cekap dan tepat. Jadi tugasan yang berulang tidak perlu dikendalikan oleh mana-mana manusia, tetapi manusia perlu memantau, menyelenggara, memprogram dan membaiki.
Beliau turut menegaskan bahawa robot tidak akan dapat menggantikan manusia kerana sifatnya yang tidak mempunyai perasaan dan pertimbangan moral.
Sempena minggu Sains Negara dan Karnival Sains Sabah 2022 itu juga, U-Science UMS turut menganjurkan bengkel dan pertandingan mBot.
Program yang berlangsung selama dua hari itu ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Sabah (KSTI) dan Yayasan Inovasi Malaysia di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).
Menurut satu kenyataan U-Science UMS, program tersebut dianjurkan bertujuan meningkatkan minat dan pengetahuan dalam kalangan pelajar sekolah menengah mengenai bidang STEM melalui pendekatan yang menyeronokkan.
“Antara sekolah yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, SMK Tebobon, SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Bandaraya Kota Kinabalu, SM Sains Sabah (SMESH) dan Beaufort Middle School.
“Para peserta program telah berpeluang menyertai pertandingan yang menguji kebolehan dan kreativiti pelajar dalam mengatur cara robot untuk melepasi litar dalam masa terpantas,” menurut kenyataan itu.
Program itu telah dikendalikan oleh empat fasilitator dari Kelab Robotik UMS yang diketuai oleh Rahmat Hidayat Arifai. Manakala pengadil pertandingan adalah Prof. Madya Ir. Dr Muralindran Mariappan, Irwan Baharudzaman dan Tiong Lin Rui.
Ketua kumpulan SMESH iaitu Nik Haikal Nik Saifudin berkata, program mBot yang dijalankan selama dua hari itu telah memberikan pengalaman yang menarik buat mereka kerana dapat menceburi bidang STEM dan berpeluang berkongsi idea bagaimana mengatur cara sebuah robot dan menghadapi cabaran.
Manakala peserta dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Larry Dylon berkata beliau sangat gembira mengikuti program tersebut dan berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Bagi seorang peserta orang kelainan upaya (OKU) iaitu Nurul Asyiqin Neezam dari SMK Datuk Peter Mojuntin berkata, melalui pertandingan itu beliau berjaya membuktikan bahawa kekurangan diri tidak menjadi penghalang kepada kejayaan.
Nurul Asyiqin yang mendapat bantuan guru bahasa isyarat dalam pertandingan itu telah membawa SMK Peter Mojuntin memperoleh tempat ketiga.U-Science UMS Anjur Program Perkasa Budaya STEM

Nurul Asyiqin yang mendapat bantuan guru bahasa isyarat dalam pertandingan itu telah membawa SMK Peter Mojuntin memperoleh tempat ketiga.