Kerajaan Persekutuan turun kuasa urusan perikanan laut dalam kepada Kerajaan Sarawak

KUCHING: Urusan perikanan laut dalam di Sarawak khususnya berkaitan pelesenan kini dibawah Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS).

Advertisements

Ia selepas Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menurunkan kuasa itu secara rasmi kepada JPLS dalam majlis penyerahan surat penurunan kuasa itu di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyerahkan surat penurunan kuasa khususnya bagi Pelesenan Perikanan Laut Dalam kepada Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED)
Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Anak Utom yang disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Ronald dalam ucapan berkata penurunan kuasa urusan perikanan laut dalam ini kepada JPSL sesuai dengan objektifnya, termasuk pengurusan sumber perikanan, keselamatan perairan dan hubungan antarabangsa yang lebih mampan.

Katanya status terkini kuota vesel penangkapan ikan laut dalam yang boleh dilesenkan di perairan Sarawak adalah sebanyak 560 buah vessel.

Penambahan vesel laut dalam serta pengurusan sumber perikanan secara mampan di seluruh perairan Sarawak akan dapat terus menjamin hasil tangkapan ikan selain membangunkan pelbagai perkhidmatan lain di sepanjang rantaian nilai termasuk industri hiliran yang dapat meningkatkan hasil ekonomi nelayan tempatan, katanya.

Pada 18 Oktober 2021 lalu, Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963
(MKMA63) telah meluluskan penurunan kuasa kepada Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) dan Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah
Sarawak (MANRED) untuk melaksanakan urusan pengeluaran permit dan lesen laut dalam bagi vesel penangkapan ikan zon C2 di Sarawak.

Syarat-syarat penurunan kuasa
juga telah dipersetujui secara prinsip oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui surat rasmi bertarikh 7 Jun 2022.

Dalam pada itu,
Amar berkata, adalah menjadi harapan Kerajaan Sarawak agar pelaksanaan penurunan kuasa perikanan laut dalam ini akan memacu pembangunan industri perikanan ke arah menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluar perikanan utama di rantau ini.

“Hasil tangkapan perikanan di perairan Sarawak perlu diberikan perhatian, diurus dan dieksploitasi dengan baik bagi meningkatkan pendaratan ikan dan hasil ekonomi nelayan tempatan,” kata beliau.

Dengan adanya penurunan kuasa ini, MANRED kini dalam rancangan untuk menubuhkan sebuah jabatan baru iaitu Jabatan Perikanan Sarawak, supaya dapat melaksanakan dasar dan rancangan bagi mentransformasikan sektor perikanan di Sarawak.

Pada masa kini, Sarawak mempunyai seramai 10,828 orang nelayan dan 5,103 buah vesel yang telah menghasilkan sejumlah 125 ribu tan metrik ikan setahun dengan nilai
melebihi RM716 juta.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, JPLS telah mendapat peruntukan
lebih RM17 juta bagi menguruskan sumber perikanan dan meningkatkan pengeluaran ikan negara bagi menjamin bekalan ikan di Sarawak.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles