Saringan Sugandoi Kaamatan Daerah Tuaran 24 April ini, final pada 10 Mei

TAMPARULI: Sesi saringan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2022 akan diadakan pada 24 April ini, jam 10 pagi, di Dewan Datuk Patrick Jilan, Kampung Selupoh Tuaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2022, Herman Tunggiging berkata, setakat kelmarin (Selasa), lebih 30 peserta yang telah mendaftar.

“Kita jangkakan jumlah ini akan meningkat terutamanya kategori Sugandoi Terbuka, yang kebiasaanya ramai peserta,” ujar Herman.

Herman yang juga Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, berkata, tiga juri profesional terdiri dalam kalangan artis dan pemuzik tempatan akan memilih finalis seramai 8 orang bagi setiap kategori.

“Manakala pada final nanti, masyarakat berpeluang menyaksikan persembahan komposer dan penyanyi tersohor, Benn Simon Bukag,” kata.

Justeru, beliau menjemput orang ramai, terutamanya peminat seni hiburan tempatan, untuk memeriahkan kedua-dua acara tersebut, sambil menyokong bakat-bakat seni tempatan yang bakal mewakili daerah Tuaran.

Pautan Borang Pendaftaran:
https://forms.gle/XPdjCBNCUi8aVne76

Related Articles

253FansLike

Latest Articles