PBS Harap Diberi Peluang Tanding Kembali Parlimen Ranau – Dr. Joachim

RANAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap diberikan peluang untuk kembali bertanding di Parlimen Ranau pada pilihan raya umum ke -15 (PRU15).

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, bagaimanapun, berkata parti itu akan akur dengan apa juga keputusan di peringkat atasan.

“PBS percaya, menghormati dan akan bekerjasama dengan parti sekutu terutamanya komponen Kerajaan GRS-BN,” katanya.

Dr. Joachim berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS yang ke-36 dan 37 bagi tiga bahagian iaitu, Kundasang, Paginatan dan Karanaan di Dewan Masyarakat Ranau di sini pada Sabtu.

Beliau menyeru semua pemimpin parti agar bersabar, setia dan bersatu hati.

“Selain itu, seseorang pemimpin harus memiliki pendirian teguh, yang tidak ‘lompat’ parti”, katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden PBS menyarankan semua ahli parti meneruskan perjuangan parti yang sinonim sebagai parti tertua, yang berbilang kaum dan agama.

Dr. Joachim berkata ini selaras dengan wawasan parti mendewasakan belia dan beliawanis di kalangan pengundi muda yang berumur 18 tahun dan ke atas.

“Golongan ini (belia dan beliawanis) perlu dibentuk dan dilatih.

“Ini adalah penting kerana mereka inilah yang akan menjadi pentadbir parti pada masa akan datang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu.

Beliau turut mengingatkan semua ahli agar memperkukuhkan dan memantapkan pentadbiran di peringkat bahagian dan cawangan.

Mengenai PRU-15, Dr. Joachim mengucapkan tahniah kepada semua yang menang pemilihan sebagai ahli jawatankuasa di peringkat bahagian dan berharap barisan baharu itu akan lebih komited dalam menggalas tugas masing-masing dan berupaya menarik lebih ramai ahli menyertai parti tertua di Sabah itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles