KOTA KINABALU: Parti baharu di bawah kepimpinan Bekas Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Peter Anthony diberi nama
Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).
Pengumuman itu dibuat oleh bekas Naib Presiden Warisan itu di sini hari ini.
Menurutnya pendaftaran KDM diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 18 Feb lepas.
“Kita adakan mesyuarat parti pada 13 Mac depan di mana kita akan memilih anggota jawatankuasa pusat,” katanya selepas tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu.
Adun Limbahau Juil Nountim dilantik sebagai timbalan presiden parti KDM.
Peter berkata parti itu turut membayangkan akan memohon untuk menyertai kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).