PBS Tamparuli Bakal Saksikan Perubahan Kepimpinan

TAMPARULI: Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) N.14 Tamparuli bakal menyaksikan perubahan kepimpinan bermula pada tahun ini.

Advertisements

Ketuanya, Boe Sindolun, berkata, had umur ditetapkan untuk seseorang individu bertanding dan menjadi ahli dalam Pemuda adalah 45 tahun.

Justeru beliau (Boe) yang telah melepasi had umur Pemuda bakal memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk menerajui Pemuda di bahagian berkenaan tahun ini.

Ujarnya, selain akur dengan perlembagaan yang ditetapkan parti, sudah sampai masanya Pemuda untuk mengorak langkah semula selepas banyak perkara parti melibatkan Pemuda yang tertangguh disebabkan Pandemik COVID-19.
“Kita harus menyokong soal ini jika mahu meremajakan PBS bermula dalam sayap Pemuda supaya parti ini kekal relevan dan segar di mata rakyat khususnya golongan muda,” katanya.

Pada Mesyuarat Agung di peringkat Pusat kali ini, beliau amat berharap pucuk pimpinan parti terutamanya Pemuda akan banyak berbicara dalam soal meremajakan PBS, bermula dalam Pemuda sendiri agar perubahan tersebut dapat memberi kesan menyeluruh dalam parti.

Beliau yang juga ahli Exco Pergerakan Pemuda PBS, yakin dengan kemampuan Pemuda PBS Tamparuli untuk meneruskan pelbagai agenda untuk diketengahkan di peringkat Pusat demi kebaikan parti berkenaan.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bahagian Tamparuli kali ke-36 yang bakal diadakan pada Mac nanti, menyaksikan sesi pemilihan atau pertandingan jawatan-jawatan dalam parti.

“Bagi rakan-rakan yang menyatakan hasrat bertanding, saya berharap biarlah pertandingan diadakan penuh berhemah, semangat cintakasih, setiakawan yang tinggi dan tiada unsur-unsur yang menyalahi peraturan parti,” katanya.

Terdahulu, Boe menghadiri Mesyuarat Persediaan AGM PBS Bahagian yang dipengerusikan oleh Naib 1, Romeo Sindeh.

Turut hadir Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Rizkam Yabin dan Setiausaha Pemuda, Juhulis Same.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles