Gerakan NGO beri jaminan bantu suarakan masalah rakyat

SANDAKAN: Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi jaminan bahawa akan terus menjadi suara kepada rakyat dan seterusnya memastikan masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini.

Advertisements

Presidennya, Datuk Fadli Fathullah berkata, dalam lawatan ke Sandakan baru-baru ini, beliau sempat meninjau beberapa lokasi yang sering diadukan rakyat berhubung masalah yang dihadapi.

“Beberapa kawasan seperti projek perumahan rakyat (PPR) Batu 12, Kampung Aisbok Batu 3, Kampung Forest dan Taman Murni Batu 7 Sandakan, banyak aduan serta keluhan rakyat diterima.

“Mereka memaklumkan bahawa perkara perkara yang diajukan sudah bertahun tahun lamanya tidak dapat diselesaikan antara sewa beli rumah PPR, baik pulih kawasan perumahan, lampu jalan, sampah tidak di urus dengan baik, isu tanah perkampungan dan masalah tapak perniagaan untuk peluang rakyat menjana pendapatan, ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, menerusi program lawatan jelajah rakyat yang disokong Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, beliau dengan rakan NGO turun padang sendiri mengambil perhatian perkara yang diutarakan rakyat.

“Tindakan ini bagi memastikan supaya masalah dapat diselesaikan dengan segera dan juga sudah mengambil maklum perkara sebegini.

“Sehubungan itu kita akan beri sepenuh komitment untuk selesaikan masalah ini bersama kerajaan yang prihatin ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, masalah rakyat ini tidak tertumpu di Sandakan saja malah daerah lain akan turut diberi perhatian.

“Kami akan masuk ke setiap daerah bagi memastikan segala masalah rakyat dapat disampaikan melalui platform jelajah rakyat ini dan dapat pembelaan dari kerajaan seterusnya menjadikan Sabah mendapat perhatian sepenuhnya,” katanya.

Fadli dalam pada itu menegaskan bahawa setiap perkara tidak perlu dipolitikkan jadi semua pihak perlu bersatu.

“Ketika ini bukan waktunya untuk berpolitik tetapi bersatulah semua pihak demi membela dan membantu rakyat demi mencapai matlamat setiap pemimpin yang dipertanggungjawabkan di negeri ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles