Syabas ESSCOM Berjaya Kekalkan Pencapaian “Sifar Penculikan” di ESSZONE Tahun 2020/2021 – Komander Bersara

LAHAD DATU: ESSCOM berjaya mengekalkan pencqpaian “sifar kes penculikan” di kawasan pantai timur Sabah sepanjang tahun 2020 hingga 2021.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman yang akan bersara 11 Disember ini berkata kejayaan itu adalah hasil perkongsian maklumat antara ESSCOM dan bahagian perisikan pihak keselamatan Filipina dan Indonesia.

“Kes penculikan untuk wang tebusan (KFR) terakhir yang berlaku di kawasan ini ialah pada 15 Januari 2020.

“Atas tindakan pantas perisikan ESSCOM membuat perkongsian maklumat, tiga penjenayah KFR telah ditembak mati tiga hari selepas insiden di Sulare Island, Sulu manakala ketua kumpulan Mamay Aburi telah berjaya ditembak mati enam bulan kemudian di Zambanga Sibugay,” katanya.

Ahmad Fuad berkata demikian dalam kenyataan media sempena majlis persaraannya.

“Sepanjang tempoh saya sebagai Komandor ESSCOM, misi dan arahan saya kepada ketua perisikan ESSCOM telah berjaya dilaksanakan.

“Dua clan HATIB Munap Binda (operasi di Beuafort) dan Pulau Timbang serta clan Jemaah Group pimpinan Ustaz Mamy Aburi juga berjaya dimusnahkan,” kata beliau.

Ahmad Fuad berkata dalam tempoh yang sama pihaknya turut berjaya meneutralaiskan sembilan sasaran utama terutama yang membabitkan operasi membanteraskan jenayah kes penculikan dan penyeludupan.

Ahmad Fuad memulakan kariernya dalam bidang kepolisan sebagai inspektor pelatih pada tahun 1982 dan pernah memegang jawatan dalam pelbagai kapasiti sebelum dilantik Komander ESSCOM pada 4 September tahun lepas.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles