Aktivis MA63 Zainnal Ajamain Meninggal Dunia

KOTA KINABALU: Aktivis Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Zainnal Ajamain meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di sini awal hari ini.

Advertisements

Berita sedih mengenai pemergian Zainnal, 65, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook beliau pagi ini.

Rakan seperjuangan MA63, Jolly Majalap menyifatkan pemergiaan Allahyarham Zainnal sebagai satu kehilangan besar bagi negeri Sabah terutama dalam konteks memperjuangkan hak-hak negeri Sabah.

“Saya amat terkejut apabila dimakmumkan mengenai pemergiaan Zainnal pagi ini.

“Beliau benar-benar komited memperjuangkan MA63 dan telah membuat kajian setiap klausa MA63, dan meskipun “sakit-sakit” masih terus berjuang untuk rakyat Sabah. Selain menulis buku “The Queen’s Obligation”, sebenarnya beliau juga yang menjadi penasihat bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, mendiang Datuk VK Liew mengenai isu MA63 termasuk usaha mengembalikan status asal Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jolly berkata walaupun dalam keadaan tidak sihat, dia masih berurusan dan berbincang dengan presiden Parti Warisan Sabah Datuk Mohd Shafie Apdal mengenai strategi menjayakan perjuangan MA63.

“Takziah buat keluarga Allahyarham,” katanya.

Zainnal berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Pembangunan dari Universiti East Anglia, England.

Difahamkan, pengurusan jenazah Allahyarham akan disempurnakan di Masjid Al Kauthar Kg. Tanjung Aru lama sekitar jam 9.00 pagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles