KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin meninggal dunia pada usia 66 tahun hari ini.
Allahyarham yang juga bekas anggota Parlimen Beaufort dan ADUN Klias meninggal dunia di sebuah hospital swasta di bandaraya Kota Kinabalu.
Lajim menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 tadi, menurut bekas pegawai media Jaafar Abdul Wahid menerusi WhatsApp kepada Jesselton Times.
Jenazah akan dibawa balik ke kampung halaman Kampung Kabatu, Beaufort untuk dikebumikan setelah proeses Kementerian Kesiihatan Malaysia selasai, katanya.
Allahyarham memulakan karier politiknya bersama Parti Bersatu Sabah pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 sebelum menyertai Umno sekitar tahun 1994.
Lajim juga merupakan bekas presiden Parti Harapan Rakyat Sabah yang kemudiannya dibubarkan dan kesemua ahli parti itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Allahyarham pernah memegang jawatan Pembantu Menteri, Menteri dan Timbalan Ketua Menteri di peringkat kerajaan negeri Sabah dan Timbalan Menteri di peringkat persekutuhan.
Jawatan terakhir Allahyarham ialah Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).