Pusat Vaksin SICC Hanya Untuk Warganegara – Masidi

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memberi jaminan bahawa Program Vaksinasi di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hanya untuk warganegara.

Advertisements

Beliau berkata setiap hari pusat vaksin SICC itu di sanitasi bagi memastikan kebersihan dan keselamatan mereka yang datang untuk mendapat vaksin sentiasa terjaga.

“Untuk makluman vaksinasi di SICC hanya untuk warganegara,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Sebelum ini, ramai netizen menzahirkan kebimbangan untuk menyertai program vaksinasi di SICC kerana khuatir oendatang tanpa izin (PATI) akan mengambil kesempatan untuk mendapat vaksin di situ.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah menambah 63 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan kesemuanya 1,728 kes.

“KK kembali berada diatas dengan 361 kes, 154 lebih tinggi daripada kelmarin.

“Tawau mencatat 154 kes, Sandakan 243, Tuaran 149 (+93), Penampang 138, Kinabatangan 71 (-81), Keningau 67, Beluran 59, Kota Belud 57 dan Ranau 31,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles