KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Bung Moktar Radin menyampaikan Dividen dari Lembaga Pelabuhan Pelabuhan Negeri Sabah (LPPS) bagi tahun 2019 bernilai 2,743,636.00 kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah hari ini.
Turut menyaksikan majlis penyampaian repelika cek tersebut dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey G.Kitingan dan Dr Joachim Gunsalam, Setiausaha Tetap Kementerin Kerja Raya Mohd Jasmin Juplin, Pengerusi LPPS Datuk Dr Zaki Gusmiah dan Pengurus Besar LPPS Felix Liangson
Ketika di temui selepas majlis tersebut, Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lamag berharap prestasi keuntungan Perniagaan LPPS dapat di pertahankan serta dipertingkatkan dimasa akan datang walaupun ketika ini berdepan pelbagai cabaran terutama penularan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.