Tindakan ESSCom Kuatkuasa Operasi Bersepadu di CIQ Lama Tawau buahkan hasil, bantu sekat Varian Delta

TAWAU: Tindakan pantas ESSCom menguatkuasakan operasi bersepadu di jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, dekat sini, di kala wilayah negara jiran berdepan dengan ancaman Covid-19 jenis ‘Varian Delta’, berjaya membuahkan hasil.

Advertisements

Susulan penguatkuasaan bersepadu bermula 9 Julai itu, kawalan keselamatan khususnya kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui wilayah pantai timur Sabah telah diperketatkan.

Komander ESSCom, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata setakat ini seramai 17 PATI telah diarahkan untuk berpatah balik ke negara jiran kerana cuba memasuki negeri ini melalui CIQ lama Tawau.

“Selain itu, kita juga menangkap dua orang atas kesalahan memlilki MyKad palsu dan pasport tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan penguatkuasaan bersepadu di CIQ lama Tawau hari ini.

Menurut Ahmad Fuad berkata sepanjang tempoh pengoperasian bersepadu, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas seramai 8,653 orang dan 1,013 kapal yang keluar masuk melalui CIQ tersebut.

Katanya, operasi bersepadu di CIQ lama Tawau itu, antara lain, bertujuan menyekat dan memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 khususnya penemuan baharu ‘Varian Delta’ yang sangat membimbangkan.

Beliau berkata ia juga bermatlamat menyekat kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles