The Pocket Rocketman’ raih pingat perak dalam acara keirin

TOKYO: Hasrat pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang untuk merangkul pingat emas pertama negara di Olimpik berkecai apabila beliau hanya mampu meraih pingat perak dalam acara keirin lelaki di Izu Veldorome di Shizuoka, di sini hari ini.

Advertisements


Dalam saingan peringkat akhir yang penuh dramatik, penyandang juara Jason Kenny dari Britain mempamerkan kayuhan luar biasa sejak di peringkat awal lagi untuk terus menguasai perlumbaan sehingga ke akhir bagi mengekalkan kejuaraannya.


Mohd Azizulhasni, 33, melintasi garis penamat untuk pingat perak, sekali gus meleburkan harapannya memenangi pingat emas Olimpik pertama bagi Malaysia, manakala pelumba Belanda Harrie Lavreysen yang merangkul pingat emas dalam acara pecut lelaki, meraih pingat gangsa.


Dikenali dengan gelaran “The Pocket Rocketman” yang disandarkan harapan untuk meraih pingat emas, Mohd Azizulhasni memenangi pingat Olimpik pertamanya pada Olimpik Rio 2016 dengan pingat gangsa dalam acara keirin, selepas gagal melayakkan ke peringkat akhir Olimpik Beijing 2008, dan menduduki tempat keenam dalam Olimpik London 2012.


Kejayaan Kenny menyaksikan dominasi Britain dalam acara keirin lelaki berterusan sejak Olimpik Beijing 2008 lagi.– BERNAMA

Related Articles

253FansLike

Latest Articles