Tujuh Kematian Akibat Covid-19 dilaporkan di Sabah pada Rabu

KOTA KINABALU: Tujuh kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan hari ini yang membabitkan enam daerah di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang juga jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata dua kes direkodkan di daerah Tawau manakala Sandakan, Kunak, Kudat, Penampang dan Keningau masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

“Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Masidi berkata 129 kes positif baharu COVID-19 direkodkan di negeri ini pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 68,029 kes.

Beliau berkata jumlah pesakit COVID-19 yang discaj dari hospital ialah 338, menjadikan jumlah kumulatif 65,895 orang.

Seramai 1,412 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 442 orang di hospital, 959 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 11 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara, katanya.

Masidi berkata bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 72 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles