Oleh: Jaafar Abdul Wahid
KOTA KINABALU: Isu kebakaran perkampungan atas air di Sabah perlu dilihat secara holistik oleh semua pihak bagi mengelakkan tragedi berkenaan terus berlarutan, kata Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin.
Beliau berkata isu berkenaan perlu dilihat secara keseluruhan merangkumi dasar pemilikan tanah atau hak persempadanan, kebenaran dan kawalan pembangunan, kewujudan kemudahan asas seperti elektrik dan air, termasuk keperluan keselamatan kebakaran.
Sehubungan itu, Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata ,kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk menyusun semula perkampungan atas air bagi menjadikan perkampungan berkenaan lebih tersusun, indah,dilengkapi dengan kemudahan asas dan selamat untuk penduduk.
Bung berkata pelbagai aspek perlu diambil kira dalam perancangan ini yang melibatkan beberapa agensi kerajaan antara Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah,Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Bomba, dan lain lain agnesi yang berkaitan.
Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah penyusuan semula penting bukan sahaja untuk menyusun sebuah perkampungan yang teratur malah akan mengubah taraf perkampungan berkenaan daripada setinggan kepada perkampungan yang sah.
“Kita perlu susun semula perkampungan khususnya di perkampungan di atas air ini agar lebih tersusun dilengkapi dengan kemudahan asas yang langkap seperti pili Bomba jambatan yang terusun dan lain lain kemudahan agar bila berlaku satu satu musibah seperti kebakaran usaha membantu lebih mudah digerakkan bagi mengelak api merebak cepat dan memusnahkan rumah rumah lain ekoran keadaan rumah tidak tersusun,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai rombongan Umno Sabah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di kampung Tanjung Aru petang Sabtu.
Hadir sama Timbalan Ketua Umno Sabah yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan, Setiausaha Umno Sabah yang juga Menteri Pelancongan ,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin , Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya dan Pemimpinan Pembangunan Masyarakat Tanjung Aru Mohd Reduan Datuk Aklee.
Pada 25 Mei lepas, 33 buah rumah jenis tidak kekal musnah sama sekali dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12.40 malam, bagaimana tiada kemalangan jiwa dan kecederaan yang dilaporkan.
Dalam pada itu, Bung yang juga Ketua Umno Sabah meminta mereka yang terlibat dalam kebakaran tersebut bersabar menerima dugaan dan tidak terburu-buru untuk mendirikan kediaman baharu walaupun di atas lot mereka sendiri bagi mempastikan penyusunan semula kedudukan rumah-rumah didirikan secara teratur
“Kita bersimpati dan memahami musibah mereka yang kehilangan tempat tinggal bagaimana pun saya harap mereka bersabar sementera kerajaan khususnya Dewan Bandar Raya dan angensi kerajaan yang lain terlibat dapat merangka serta penyusunan semula kedudukan rumah rumah di kawasan ini agar lebih teratur dan tersusun” jelas Bung