SANDAKAN: Kelab Sukan dan Rekreasi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah akan menggunakan sumbangan dari syarikat swasta untuk membeli bakul makanan serta keperluan harian kepada pengusaha pengangkutan awam yang terkesan oleh wabak Covid-19.
Pengerusi LPKP Sabah Dato’ Chin Kim Hiung memberitahu selepas menerima replika cek dari wakil salah sebuah syarikat swasta di pejabat LPKP Cawangan Sandakan baru-baru ini.
“Pihak LPKP akan menggunakan sumbangan yang diterima tersebut untuk membantu meringankan beban pengusaha pengangkutan awam dengan membeli barang keperluan harian untuk diagihkan kepada mereka yang terkesan oleh impak pandemik” tambah Chin.
Chin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Song Consortium (East) Sdn Bhd, Budaya Potensi Sdn Bhd, Chang and Sons Transport Sdn Bhd, Lin Feng Transport Sdn Bhd, Sawit Emas Jaya Sdn Bhd, Syarikat Perniagaan Heng Fatt, Gordon Anchi Bersaudara dan Rezeki Jutamas Sdn Bhd.
Terdahulu, Chin juga menerima sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman dari pihak awam untuk kegunaan staf LPKP cawangan Sandakan.
Turut hadir pada majlis penerimaan sumbangan termasuk Penolong Pegawai Tadbir LPKP cawangan Sandakan Mohd Soffian Eting dan wakil-wakil syarikat penyumbang.