Vrenda dinobat Unduk Ngadau Beluran, Fadle johan Sugandoi

BELURAN: Vrenda Joaan Deftenneay Taji, 21, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Tanpa Sempadan daerah Beluran baru-baru ini.

Advertisements

Menggayakan pakaian tradisi Baju Labuk, personanya terserlah membolehkan Vrenda menewaskan 11 peserta yang lain.

Vrenda
Vrenda

Dengan kemenangan itu, Vrenda menerima mahkota selain wang tunai RM2000, trofi dan lain-lain hadiah sampingan.

Naib johan disandang oleh Sharone Shine Supaji, manakala Sonia Alyana Jairon meraih tempat ketiga.

Sharone dan Sonia masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000, trofi serta lain-lain hadiah sampingan.

Turut dipertandingkan dua anugerah khas iaitu anugerah ‘Like Facebook Terbanyak’ (Miss Favourite FB), dan ‘Tati Topiodo’ (Miss Natural Beauty).

Vrenda memenangi anugerah ‘Like Facebook Terbanyak’, manakala Jocyceiyllene Tondolikus mendapat anugerah ‘Tati Topiodo’.

A. Fadle Patrick
A. Fadle Patrick

Bagi pertandingan Sugandoi pula, A. Fadle Patrick, 29, muncul sebagai johan pertandingan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Beluran.

Lantunan suaranya menerusi lagu Noolu Po Id Kahandaman nyanyian asal Aznor Jipin membolehkan Fadle membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan trofi.

TAHNIAH... Fadle (tengah) merakam kenangan bersama pemenang yang lain
TAHNIAH… Fadle (tengah) merakam kenangan bersama pemenang yang lain

Dellouvah Hewailee Roddy dan Deidre Ann Geoffrey masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga. Mereka masing-masing pulang dengan hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500 beserta trofi.

Sementara itu, Pengerusi pertandingan Sugandoi Daerah Beluran Peter Anderson Nianti melahirkan rasa syukur kerana sambutan Kaamatan di daerah Beluran dapat dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini adalah pengalaman pertama saya sebagai pengerusi Sugandoi dan begitu juga Colin Kar sebagai pengerusi pertandingan Unduk Ngadau.

“Agak mencabar sebab penganjuran pertandingan ini dibuat julung kali dalam norma baharu, selain membuat live streaming,” katanya.

Menurutnya lagi walaupun masih berdepan dengan pandemik Covid-19, tetapi semangat untuk memartabatkan kebudayaan tidak pernah pudar.

Semangat memperjuangkan warisan budaya khususnya Dusun Labuk juga terserlah apabila ramai anak-anak muda melibatkan diri bagi menjayakan sambutan ini.

“Terus terang dalam situasi pandemik sekarang, saya tidak menjangkakan sambutan yang sangat menggalakkan.

“Malah banyak juga pihak yang tampil memberi sokongan termasuklah pejabat daerah Beluran bagi memastikan acara ini berjalan lancar dan paling penting keunikan budaya Dusun Labuk dapat diketengahkan kepada umum,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles