Ellron Turun Padang Tinjau Perkembangan Projek Pembinaan Kompleks Sukan Tuaran

TUARAN: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin, melakukan lawatan kerja ke Tapak Pembinaan Kompleks Tuaran baru-baru ini bagi melihat sendiri perkembangan kerja-kerja pembinaan kompleks tersebut.

Advertisements

Lawatan kerja itu bertujuan meninjau kerja-kerja pembinaan Kompleks Sukan Tuaran yang sedang dilaksanakan secara berfasa. Fasa pertama akan melibatkan pembinaan padang, trek sintetik dan kemudahan-kemudahan asas.

Turut dibincangkan deraf pelan pembangunan Kompleks tersebut dan pelan penambaikan kemudahan dan fasiliti kompleks tersebut.

“Ini adalah satu usaha murni pihak kerajaan dalam memajukan pembangunan sukan di negeri ini, semestinya melalui kemudahan dan fasiliti yang mencukupi dan berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ellron berkata Kompleks sukan itu bakal membuka peluang perniagaan dan pekerjaan penduduk sekitar apabila siap dilaksanakan kelak.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) YBhg. Tuan Sr. Mohd.Yusrie Abdullah, Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah(LSS), Tuan Terrance Edward Pudin, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, Tuan Osman Aganduk, Principal ALAMEGA Kons Ir. Josue Lozitin, Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan KBSS dan Pegawai KBSS daerah Tuaran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles