Lebih 800 Petugas Barisan Hadapan Di Kudat Terima Suntikan Vaksin

KUDAT: Lebih 800 petugas barisan hadapan termasuk anggota keselamatan, bomba dan petugas hospital menjadi penerima awal vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Dewan Tun Mustapha, Kudat selama dua hari bermula hari ini.

Advertisements

Antara penerima terawal itu ialah Pegawai Daerah Kudat Ahmad Shah Mohd Sunoh dan Ketua Polis Daerah Kudat Supt Mohd Firdaus Francis Abdullah.
Sudah divaksin
Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Shah berkata jumlah itu tidak termasuk penerima vaksin Covid-19 yang telah diadakan sebelum ini di daerah kecil Pulau Banggi dan daerah kecil Matunggong.

Beliau menekankan bahawa vaksinasi itu penting sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19.

Oleh itu, Ahmad Shah menyeru semua rakyat Kudat supaya segera mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Sementara itu, Supt Mohd Firdaus berkata semua anggota polis wajib mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Katanya dengan adanya suntikan vaksin, anggotanya lebih yakin dan bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan.

Beliau berharap mana-mana individu yang boleh menerima vaksin dapat tampil ke hadapan dan mendaftar sebagai penerima vaksin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles