Bung Terima Kunjungan Hormat SUPOL Menteri Pengajian Tinggi

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radin pagi Isnin menerima kunjungan hormat Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Datin Maizatul Akmam Alawi @ Ad Badawi di pejabat Umno Sabah.

Advertisements

Maizatul yang mewakili Menterinya Datuk Dr Noraini Ahmad semasa perjumpaan tersebut turut memaklumkan kepada Bung yang juga Ketua Umno Sabah beberapa program Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi di bawahnya ,antaranya bantuan kepada pelajar asnaf melalui PTPTN.

Selain itu Unit Pendaftaran Unversiti (UPU) memberikan pengecualian pembelian PIN di BSN).

Turut disentuh dalam perjumpaan tersebut Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat Kolej Komuniti di Sabah, bantuan kepada mahasiswa semasa kemasukan semula ke kampus.

Selain itu juga memaklumkan mengenai gerak kerja wanita UMNO.
Bung turut merakamkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana turut memberikan perhatian kepada Usaha membantu meringkan beban ibu bapa dan pelajar dengan pelbagai insiatif yang diberikan ketika negara berhadapan dengan masalah ekonomi ketika negara berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles