Bung Turun Padang Santuni Masalah Rakyat Keningau

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengambil inisiatif ‘turun padang’ dan mendengar sendiri keluhan dan rungutan rakyat di kawasan Keningau, bahagian pedalaman Sabah.

Antara aduan yang diterima ialah keadaan jalan raya menuju ke Kampung Bunga Raya yang kurang baik, lintasan menyeberang paras air sungai di Kampung Minansud yang tidak lagi sesuai, masalah kekurangan bekalan air di Kampung Bandukan dan jalan raya yang rosak menujuk ke Patikang.

Advertisements
Bung melawat jambatan Kampung Bunga Raya yang bakal dinaiktaraf menjadi jambatan konkrit.
Bung melawat jambatan Kampung Bunga Raya yang bakal dinaiktaraf menjadi jambatan konkrit.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata projek jalan raya dan pembinaan jambatan konkrit ke Kampung Bunga Raya/Kampung Minansud yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM10 juta dijangka dilaksanakan tahun ini.
“Low level crossing (lintasan menyeberang sungai)  ini suatu ketika dahulu memang sesuai untuk digunapakai tetapi mungkin oleh kerana pertukaran cuaca dan sebagainya ia tidak lagi sesuai untuk masa sekarang (dan perlu buat jambatan),” katanya.
Mengenai masalah bekalan air di Kampung Bandukan, Bung berkata projek pembinaan loji baharu dengan anggaran kos RM9 juta itu akan dimulakan sebaik sahaja proses tender selesai.
“Saya juga sempat melihat rintik air di Keningau yang dbina tahun 80an dan ini memang amat membimbangkan sebab jika misalnya terjadi kejadian dua bulan kemarau bermakna air tidak ada……sebab itu kesedaran itu perlu ada.Jangan kita tumbang kayu kayan di tepi sungai,” katanya.
Beliau turut mengambil perhatian masalah kerosakan jalan menuju ke Kampung Patikang.
Bung berkata kolaborasi antara Jabatan Pengairan Air dn Jabatan Kerja Raya diperlukan untuk membuat kajian scara holistik bagi memastikan jalan raya itu tidak terjejas apabila berlaku banjir.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles