Kerajaan GRS Komited Bela Nasib Rakyat Sabah – Mositun

PAPAR: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa komited membela nasib rakyat terutama yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat akibat pandemik Covid-19.

Advertisements

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata ini terbukti apabila kerajaan GRS memperkenalkan program bantuan bakul makanan kepada golongan yang terjejas itu.

Mositun menyerahkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima B40 pada majlis itu.
Mositun menyerahkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima B40 pada majlis itu.

“Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan GRS terhadap masalah rakyat yang terkesan Covid-19,” katanya.

Mositun berkata demikian sempena majlis pelancaran pengagihan bakul makanan B40 di Dewan Serbaguna Mositun Sungkadon, Novoung dekat sini baru-baru ini.
Majlis itu disempurnakan Mositun yang juga Penyelaras Bantuan itu bagi DUN Limbahau.

Sebanyak 1,712 bakul makanan diagihkan kepada 40 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) .

Related Articles

253FansLike

Latest Articles