Dr Joachim Lawat MPOB Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam  hari ini melawat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), satu badan yang bertanggungjawab merancang, menyelidik dan membangunkan industri minyak sawit dan kelapa sawit di negara ini.

Advertisements

Lawatan ke MPOB di Kota Kinabalu itu antara lain bertujuan membincangkan pembangunan industri minyak sawit khususnya bagi mendapatkan taklimat berkenaan industri sawit selaras dengan matlamat menubuhkann Majlis Industri Minyak Kelapa Sawit Sabah (SPOIC). 

Menurut Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, kementeriannya berminat dengan pemprosesan hiliran yang melibatkan kelapa sawit. 

Sementara Itu, Ketua Wilayah MPOB Sabah, Yakup Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan negeri di atas Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM300 kepada semua pekebun kecil sawit. 

Menurutnya ini merupakan bantuan yang kali kedua diberikan oleh kerajaan dan berharap Sabah menonjol dalam Industri Komoditi, sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi sabah. 

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Tamin Zainal dan Setiausaha Tetap Kementerian Thomas Logijin.Attachments area

Related Articles

253FansLike

Latest Articles