UMS mempunyai kepakaran untuk pemeliharaan dan pemuliharaan sungai untuk seluruh Sabah.

UMS mempunyai kepakaran untuk pemeliharaan dan pemuliharaan sungai untuk seluruh Sabah. 

Advertisements

Bagi maksud tersebut, UMS akan menjadikan Sungai Petagas, Sungai Putatan dan Sungai Inanam sebagai projek perintis. 

Sebuah pasukan penyelidik yang terdiri daripada pakar-pakar daripada pelbagai latar belakang telah ditubuhkan sejak tahun 2018 untuk meneliti aspek ini. 

Menurut ketua kluster sains sosial, Prof Madya Ts. Dr. Gaim J. Lunkapis, setiap sungai mempunyai ciri-ciri dan permasalahan tersendiri. 

Hal demikian yang memerlukan penilaian khusus untuk setiap sungai. 

Menurut Dr. Gaim, “pada dasarnya disebabkan oleh perbuatan manusia sama ada pembangunan mahupunn sikap manusia yang tidak memperdulikan kepentingan sungai bersih.” 

Implikasi paling besar ialah kepupusan kehidupan akuatik dan hakisan. Apabila kedalaman sungai menjadi cetek disebabkan oleh zarah-zarah tanah yang mengalir masuk ke dalam sungai mendap di dasar lama ke lamaan akan menyebabkan sungai menjadi cetek dan mudah berlaku banjir bila hujan lebat. 

Sebab itu setiap kali banjir kita nampak air yang melimpah yang berwarna coklat atau kabut membawa kelodak lumpur. 

Antara faktor pencemaran larutan air sungai yang paling besar adalah pengaliran air kumbahan yang tidak dirawat terus ke dalam sungai di samping pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. 

Ini berlaku terutamanya di sungai-sungai yang mempunyai perkampungan di tepinya. Keadaan ada bertambah teruk dengan kewujudan setinggan. 

Projek pemeliharaan dan pemuliharaan sungai UMS ini keseluruhannya terbahagi kepada lima kluster iaitu kejuruteraan, marin, ekologi dan eko-pelancongan selain daripada sains sosial yang diketuai oleh Dr Gaim tersebut. 

Dalam pada itu, Datuk Salsidu Ibrahim, salah seorang penduduk Putatan yang temui berkongsi pendapat, “pencemaran sungai telah menjurus kepada pencemaran persekitaran bila sampah-sampah yang di bawa air sungai dihanyut ke kawasan darat apatah lagi jika berlaku banjir.” 

Beliau yang telah tinggal di Putatan sejak tahun 1975 berpendapat “pembuangan sisa-sisa pepejal dan cecair domestik sedikit-sebanyak membimbangkan terutamanya dengan peningkatan populasi dan kedai-kedai di kawasan sekitar.” 

Pihak berkuasa tempatan harus mengambil Langkah lebih serius dalam menangani hal ini dan kita berterima kasih dengan kerjasama bersama UMS ini memberikan lembaran baharu kepada Sungai Putatan yang pernah menjadi sumber rezeki di samping pengangkutan utama penduduk suatu Ketika dahulu.  

Related Articles

253FansLike

Latest Articles