BUNG: Sabah perlu RM13 billion tingkatkan kualiti air

KINABATANGAN: Kerajaan Negeri memerlukan peruntukan  RM13 bilion bagi memperbaiki kemudahan  bekalan air bersih di Sabah.

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri Sabah I Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata peruntukan itu menunjukkan kesunguhan kerajaan negeri untuk mempertingkatkan kualiti bekalan air di negeri ini.

“Masalah air bersih di Sabah amat kritikal ekoran 23 loji air di negeri ini yang perlu dibaikpulih dan dipindahkan, mengganti paip baharu, baikpulih kebocoran paip dan lain-lain”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat sauk rawatan air Batu Putih, petang Isnin.
Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata muka sauk rawatan air  juga perlu dipindahkan.

“Ini kerana masa dibina dahulu dimana sungai berkenaan masih elok dan setelah berpuluh tahun telah berlakunya pencemaran sungai akibat penebangan pokok dan aktiviti manusia yang tidak terkawal.

“Hampir 23 buah sungai yang mempunyai loji rawatan air di Sabah  berlaku pencemaran demikian,” katanya.

Sehubungan itu, Bung Moktar telah mengarahkan Pengarah JKR dan Pengarah Jabatan Air mengemukakan spesifikasi kes demi kes untuk dibentangkan kepada kerajaan agar  memastikan rakyat menikmati air bersih yang lebih baik.

TINJAU: Bung Moktar membuat lawatan ke muka sauk Loji Rawatan Air Batu Putih Kinabatangan
TINJAU: Bung Moktar membuat lawatan ke muka sauk Loji Rawatan Air Batu Putih Kinabatangan

Dalam lawatan di Loji Rawatan Air Batu Putih, Bung Moktar berkata saluran paip air bersih  dari Loji Rawatan Air Batu Putih Kinabatangan ke Paris sejauh 37 kilometer mengalami kebocoran.

“Rakyat di Paris tidak dapat menikmati air bersih sedangkan air ini dari Kinabatangan”, katanya.

Beliau telah meminta Pengarah JKR  dan Jabatan Air untuk mencari peruntukan bagi membaikpulih paip-paip yang mengalami kebocoran kritikal.

“Kos keseluruhan baikpulih paip bocor  memerlukan RM10 juta. Sekiranya ada peruntukan RM1 juta atau RM2 juta boleh membaikpulih kebocoran yang teruk.

“Kemudiannya kita akan sambung lagi kerja baikpulih paip yang bocor lain,” katanya.

Menurut Bung Moktar, terdapat paip air di Sabah yang dibina sejak zaman British dan ini perlu ditangani dengan segera demi kebaikqb rakyat, sekali gus memastikan mereka menikmati air bersih.

“45 peratus masih lagi menggunakan paip lama di negeri ini,” jelasnya.
Beliau memberitahu akibat kebocoran paip air telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian setiap tahun.

“Kerajaan perlu membina baharu muka sauk rawatan air, kolam  takungan air  dan lain-lain dengan  memerlukan jumlah keseluruhan RM13 billion”, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles