Peter Anthony Sah Keluar Warisan, Bakal Tubuh Parti Baharu

KOTA KINABALU: Teka teki masa depan politik Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony kini terjawab.

Advertisements

Hari ini, beliau secara rasmi mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), sekali gus bakal menubuhkan sebuah parti baharu yang mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut meninggalkan Warisan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Bercakap kepada media di perkarangan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada Selesa, Peter berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan Warisan yang melebarkan sayap ke Semenanjung baru-baru ini.

“Kita akan membentuk satu gabungan bersama-sama dengan kepimpinan kerajaan Pusat dan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini adalah jalan terbaik bagi kita bersama-sama membendung atau menyelesaikan segala masalah yang dihadapi khususnya di Sabah ini,” katanya.

Menurut Peter, parti tempatan berasaskan pelbagai kaum yang bakal ditubuhkan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Apabila ditanya sama ada terdapat pemimpin warisan yang turut menyertai parti baharu itu, beliau berkata, ia akan diketahui selepas perasmian nanti.

“Kita akan tahu bila saja saya umumkan nanti selepas pendaftaran, mana tahu ada yang jatuh hati dengan parti baharu ini,” katanya.

Sementara itu, ratusan penyokong terdiri daripada masyarakat KDM hadir menyambut beliau yang tiba di KKIA bagi memberi sokongan moral kepada Adun Melalap itu.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap
setelah meraih 5,694 undi, mengetepikan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperolehi 3,526 undi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles