Kampung Pengkalan Bukit Garam tidak sesuai untuk penempatan penduduk: Bung

KINABATANGAN Timbalan Ketua Menteri, Dato Sri Bung Moktar berkata Kampung Pengkalan Bukit Garam tidak selamat diduduki.

Advertisements

Katanya, perkara itu telah diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Majlis Daerah Kinabatangan.

SUMBANGAN…Bung menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk terjejas banjir di kampung Pengkalan Bukit Garam.

“Kawasan perkampungan ini bukan sahaja tidak selamat diduduki malah daripada segi kesihatan situasinya amat membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat dan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk di kampung Pengkalan Bukit Garam dekat sini baru baru ini.

Walaupun sibuk dengan jadual kerja yang ditetapkan di kawasan, namun atas sikap caknanya kepada masyakat Bung meluangkan masa melawat mangsa banjir di kampung tersebut.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lamag, berkata keadaan perumahan di situ tidak tersusun dalam semua aspek termasuk tiada pelan perancangan, tiada kemudahan malah kedudukannya berhampiran sungai Kinabatangan sering terdedah dengan masalah banjir apabila hujan lebat berlaku.

TEMUI…Bung menemui mangsa-mangsa banjir di Balai Raya kampung Pengkalan.

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu kerajaan telah pun menyediakan satu tapak baharu sebelum ini bagi menempatkan semula penduduk di kampung itu,namun segelnitir penduduk enggan berpindah menyebabkan mereka berhadapan dengan risiko terutama banjir besar .

“Sebilangan penduduk masih merasakan perkampungan ini masih selamat untuk diduduki, namun mereka harus menyedari keadaan adalah sebaliknya,” ujar beliau.

Sehubungan itu,  Bung berkata, beliau akan bertemu kembali dengan penduduk di kampung Pengkalan untuk memaklumkan kepada mereka keadaan sebenarnya sambil memberikan cadangan yang terbaik demi keselamatan dan masa depan mereka.

Sementara itu, seramai tujuh mangsa banjir daripada enam puluh sembilan  keluarga di Kampung  Pengkalan dalam mukim Bukit Garam Kinabatangan , dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung tersebut  selepas banjir melanda kampung itu sejak Sabtu.

Mereka diarahkan berpindah atas nasihat Pusat Kawalan Operasi Banjir (POKB) daerah kerana paras air telah mencecah lantai rumah.

Menurut Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar berkata setakat ini selain kampung Pengkalan di mukim Bukit Garam, kampung-kampung lain yang terlibat banjir ialah Kampung Danau Ria,Muhibah,Sri Manis , dan Nusa Jaya.

Di Muka Buang Sayang pula tiga kampung yang terlibat  kampung Buang Sayang,Sungai Lokan dan kampung Sangau  manakala di Mukim Kota Kinabatangan dua buah kampung  terjejas iaitu kampung Kembara Jaya dan Pelangi.

“Setakat ini keseluruhan jumlah yang terlibat ialah 220 ketua isi rumah dan kedudukan paras air stabil menunjukkan penurunan sedikit  bagaimana pun pemantauan akan terus di buat bersama Polis ,Rela ,Angkatan pertahanan Awam (APM) dan pejabat daerah berkenaan paras air bagi menghadapi sebarang kemungkinan ekoran faktor cuaca yang sukar diramal,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar menambah pihak Pusat Kawalan Operasi Banjir (POKB) daerah juga dalam keadaan siap siaga membuka  Pusat Penampatan Sementara di dua lokasi iaitu Dewan kampung Danau atau SK Bukit Garam sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.



Related Articles

253FansLike

Latest Articles