Sedco teliti cadangan UMS guna Ai bangun sektor ekonomi maritim

Oleh Yussof J. Imbang

KOTA KINABALU; Sedco akan meneliti cadangan kerjasama stretegik bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi membanguankan sektor ekonomi maritim.

Pengerusi Kumpulan Sedco, Datuk Masiung Banah, AI mempunyi kekuatan berimpak tinggi dalam pembangunan sektor ekonomi biru berasaskan  hasil laut.

” Saya akan memanggil satu mesyuarat khas dengan pengurusan tertinggi Sedco berhubung cadangan UMS sesuai komotmen agensi ini menerusi projek Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat (KBEIP), ” jelas beliau selepas menerima kunjungan hormat delegasi universiti itu, semalam.

Sisi kunjungan hormat delegasi UMS semalam diketuai, Penolong Naib Canselor Prof. Dr. Rayner Alfred dan Prof. Madya Dr. Mohammad Puad Debit, telah mengemukakan cadangan jaringan kerjasama inovasi AI antara Sedco dan UMS. 

Menurut Masiung, UMS menubuhkan Malaysia AI of Execllence (MaiCoE) yang memainkan peranan signifikan dalam pelbagai inovasi ekonomi maritim, pelancongan pesisir dan kepulauan secara digital.

Tegasnya, Sedco sebagai agensi pelaburan kerajaan Sabah akan meneliti teknologi kepakaran UMS sesuai dengan program pembangunan Sedco yang sedang dan akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Menurut Wakil Rakyat Kuamut itu, Sedco kini sedang menyusun kerangka untuk meletakan Sabah sebagai hub ekonomi maritim di Kudat.

Masiung berkata, projek KBEIP yang di cadangkan di pantai timur itu  berkonsepkan teknologi hijau dan sumber laut yang terpenting rantau Asia Tenggara.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles