Lawrence Gimbang Dipilih Pengerusi Koperasi Lumaag Sabah 

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah Datuk Lawrence Gimbang dipilih sebagai Pengerusi Koperasi Lumaag Sabah Berhad yang baharu ditubuhkan.

Lawrence yang juga bekas ADUN Bingkor dipilih ke jawatan itu dalam mesyuarat pertama koperasi itu di sini hari ini.

Turut dipilih ialah setiausaha Jerry Ignatius Beatty dan bendahari Zandi Sitiamah Sahat.

Lawrence berkata pemilihan itu merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas bagi memastikan Koperasi Lumaag Sabah itu dapat memberi masa depan yang lebih baik kepada ahli.

“Dengan kerjasama semua pihak, saya percaya koperasi ini mampu melakukan yang terbaik,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama koperasi berkenaan.

Beliau berkata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan pendaftaran 

Koperasi Lumaag Sabah Berhad pada 6 Februari 2026.

Lawrence berkata koperasi yang terbuka kepada individu-individu di kawasan koperasi, antara lain, bertujuan mempromosi perniagaan berasaskan pertanian.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles