Oleh : Jaafar Abd Wahid.
KINABATANGAN: Pemberian Vaksin melalui program outreach Vaksinasi Covid -19 di kawasan luar bandar di negeri ini khususnya yang tidak mempunyai akses kesihatan dan masalah perhubungan jalanraya bertujuan memastikan penularan pandemik COVID-19 dapat dicegah dari terus berleluasa
Timbalan Ketua Menteri, Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata pemberian suntikan vaksin melalui program itu yang akan dilaksanakan secara menyeluruh bermula Julai ini dijamin mengembalikan norma kehidupan rakyat seperti sediakala.
“Saya yakin apabila program pemberian vaksin kepada rakyat dapat dilaksanakan sepenuhnya kehidupan kita akan kembali normal dan pelbagai sektor yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid-19 akan kembali pulih” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program outreach Vaksinasi Covid -19 dan penyampaian bakul makanan di kampung Balat dan Sangau dekat sini pada Ahad.
Hadir sama Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Manap Abdul Rahim dan Pemain Pembangunan Masyarakat kawasan Lamag Abu Bakar Gafar
Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan usaha perlu dilipatgandakan bagi memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan vaksin dan mendaftarkan mereka sebagai penerima vaksin
katanya keebersamaan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta diperlukan untuk menjayakan proses pendaftaran dan pemberian Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang masih rendah khususnya dalam kalangan penduduk luar bandar di negeri ini.
Menurut Bung peratusan rakyat yang menerima vaksin masih agak rendah terutama di luar bandar antara puncanya ialah kurangnya maklumat yang tepat mengenai kebaikan vaksin selain kekangan perhubungan kerana itu “kita adakan program Outrecah Vaksinasi COVID-19 bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai khususnya mereka yang tinggal diluar bandar menerima Vaksin”.
“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pendaftaran melalui MySejahtera sahaja ,ini kerana ada kawasan di luar bandar yang tiada ekses enternit justeru peranan pemimpin masyarakat akar umbi bagi memberikan penjelasan tentang kebaikan vaksin dan mendaftarkan mereka sebagai penerima dapat membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat” katanya .
Mengulas mengenai kehadiran ramai masyarakat luar bandar khususnya di Kinabatangan untuk mendapatkan suntikan vaksin pada siri program outreach yang dilaksanakan berbanding jumlah dos vaksin yang dibekalkan, Bung yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, perkara itu juga berlaku di negara-negara lain.
Bagaimanapun, beliau yakin ketibaan bekalan dos vaksin pada Julai ini dijangka mampu mencapai 85 peratus sasaran rakyat diberikan suntikan vaksin pada Oktober nanti.