PKP Bukan Halangan Bagi Mositun Untuk Terus Berbakti kepada Penduduk Dun Limbahau

PAPAR: Meskipun berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menghalang Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun untuk terus berbakti kepada penduduk di Dun itu.

Advertisements

Semalan, beliau turun padang melawat kampung Novoung bagi mendengar permasalahan penduduk kampung di situ.

Sempena lawatan itu, Mositun telah menyampaikan sumbangan kerusi roda dan bakul makanan kepada Masilus@Chining Ferdinand yang mengidap penyakit angin ahmar.

Turut hadir ialah Ketua Anak Negeri Ayub Khan, Masilus Roman, PJPKK Novoung Edward Justin dan Ketua Kampung Novoung Wencislaus.

Mositun yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah berkata lawatan seumpama itu akan diteruskan ke kampung-kampung lain dari masa ke semasa.

Ini sejajar dengan wawasan beliau untuk sentiasa turun padang tanpa mengira masa bagi mendengar sendiri keluhan rakyat, dan seterusnya berusaha mencari penyelesaian terbaik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles