Jeffery Nor mohon harga tambang ‘boat’ penduduk di Pulau Gaya ke pusat Kota Kinabalu tidak naik secara drastik dari RM3 ke RM4 seorang 

KOTA KINABALU: Ketua UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed merayu pengusaha bot penumpang, khususnya sektor perjalanan kota Kinabalu-Pulau Gaya supaya tidak menaikkan tambang secara drastik.

Katanya berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat para pengusaha atau pemilik persendirian bot penumpang telah menaikkan tambang dari RM3 ke RM4 seorang.

Jeffery mengakui harga minyak atau bahan api meningkat secara mengejut sekarang di pasaran dunia hasil kesan dari ketidak tentuan di timur tengah.

“Kenaikan tambang ini memang tidak dapat dapat dielakkan tetapi kenaikan yang agak mendadak ini tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau boleh kenaikan yang berkala tidak melebihi RM3.50 buat masa ini dalam tempoh yang difikirkan sesuai.

“Sebab itu, saya mohon agensi yang berkaitan untuk mengambil kira keadaan sekarang di mana majoriti penduduk d Pulau Gaya akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan keperluan pengangkutan yang semakin bertambah kerana penduduk-penduduk akan keluar lebih ramai daripada biasa untuk membeli barang-barang keperluan bagi menyambut perayaan hari raya.

Oleh itu, Jeffery berharap tindakan segera daripada pihak agensi kerajaan negeri dan persekutuan dapat diambil bagi menangani isu itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles