Sistem perparitan kampung Gum-Gum dinaiktaraf elak banjir – Suhaimi

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata sistem perparitan di Kampung Gum-Gum akan dinaik taraf sebagai langkah memastikan aliran air lebih teratur dan dapat mengelak masalah banjir.

Beliau berkata sistem perparitan itu didapati tidak teratur dan menyekat aliran air menyebabkan di kawasan perkampungan itu dinaiki air.

“Saya bersama pegawai Majlis Perbandaran Sandakan dan Pusat Khidmat Rakyat P.184 Libaran telah turun melihat keadaan sistem perparitan di kampung ini.

Suhaimi yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata pihaknya telah mengenalpasti tiga batang parit utama di Kampung Gum-Gum akan dinaik taraf melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) Ahli Parlimen yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang telah meluluskan peruntukan PMR bagi kawasan Parlimen P.184 Libaran.

“Dengan menaik taraf perparitan di kampung ini mampu membantu penduduk daripada banjir kilat terutamanya setiap kali hujan lebat,” katanya selepas Program Jelajah Ramadahan 2025 Ahli Parlimen P.184 Libaran di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum.

Beliau berkata Program Jelajah Ramadan 2025 Ahli Parlimen P.184 Libaran di Masjid Kampung Garinono, Masjid Kampung Jaya Bakti, Masjid Desa Permai Batu 30 Ulu Dusun, Surau Kampung Semawang, Masjid Sungai Tiram dan Masjid PPR Gum-Gum Jaya telah menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan asnaf.

“Pada masa sama, saya berpeluang mendekati masyarakat dan sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles