Oleh Yussof J. Imbang.
RANAU; Satu Jawatankuasa Pemandu Teknikal Daerah (JPTD) di Tongod dibentuk bagi mengawalselia dan menilai semua projek infrastruktur dan utiliti di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di daerah itu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, jawatankuasa khas berkenaan dibentuk susulan terdapat segelintir projek kerajaan di daerah itu kebelakangan ini gagal disiapkan selain tidak memenuhi spesifikasi kerja.
Beliau berucap di hadapan lebih 300 warga Tongod yang menetap di sini ketika merasmikan majlis kesyukuran kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kuamut pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 pada November tahun lalu.
Majlis diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Rapak, Ranau, semalam.
” Saya sendiri mempengerusikan jawatankuasa ini. Sementara Pegawai Daerah, Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah, Jabatan Air dan Sabah Eletricity menjadi anggota tetap.
” Pasukan ini akan memantau serta menilai aspek teknikal sambil memastikan perkhidmatan serta reka bentuk kerja setiap projek memenuhi standard, ” tegasnya.
Jabatan dan agensi kerajaan lain akan dijemput menganggotai jawatankuasa khas itu mengikut keperluan semasa.
Masiung berkata, fokus utama JPTD ialah pembinaan semula projek Kompleks Sukan Tongod yang sebelum ini terbangkalai susulan kegagalan pemaju menyiapkan pusat sukan daerah itu.
Masiung memaklumkan, status terkini pembinaan semula Kompleks Sukan daerah itu sudahpun ditawarkan kepada kontraktor baharu dan kerja-kerja akan disambung bermula awal September ini.
Pengerusi Kumpulan Sedco itu berkata, kontraktor baharu dilantik ini diberi tempoh lapan bulan untuk menyiapkan struktur pusat sukan berkenaan.
Selain projek infra di bawah RMK-13, turut menjadi tumpuan penting jawatankuasa ini ialah pembinaan kilang klinker dan simen di Kampung Kawayoi serta kilang pemprosesan kinzir di Kampung Entilibon.
Semantara, JPTD akan memainkan peranan berikutan satu lagi projek mega berimpak tinggi bakal mengubah landskap pembangunan di daerah Tongod iaitu Bandar Baharu Milenium bakal dibangun dalam RMK-13.
Bandar Milenium seluas 1,000 ekar itu dijangka dilaksanakan oleh sebuah syarikat swasta bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan di daerah pedalaman itu.
JPTD Tongod dibentuk untuk kawalselia dan nilai semua projek infrastruktur – Masiung