PAPAR: Walaupun isu stokin Kalimah Allah kini dalam proses sisatan pihak Keselamatan, namun semakin ramai ahli politik termasuk di Sabah yang cuba menunggang isu ini dan dengan sengaja membawa naratif perkauman dan agama yang boleh menjejaskan tahap keharmonian dan keamanan negara.
Mengambil peluang dari isu ini bilamana ada beberapa individu pemimpin dan bekas pemimpin politik di negeri ini yang cuba “menangguk di air keruh” mengaitkan kes KK Mart ini dengan Umno yang ekstrim dan mengajak rakyat Sabah menolak Umno di negeri ini.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Papar Hairul Rahman berkata isu ini, bukanlah antara islam dan bukan islam atau melayu dan bukan melayu tapi isu ini adalah antara masyarakat Islam dengan sebuah syarikat korporat.
“ini berlaku apabila sebuah entiti perniagaan yang cuai dalam proses penapisan produk menyebabkan perkara ini berlaku, dan tindak balas ini berlaku kerana disebabkan kecuaian bukannya disebabkan syarikat berkenaan dimiliki oleh orang bukan islam,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini kemarin.
Menurut Hairul isu ini bukannya isu perkuaman atau pun isu agama, ia menjadi isu perkauman apabila ada ahli politik yang cuba mecampur adukkan eleman kaum dan agama dalam kenyataan mereka sedangkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Dr Muhamad Akmal Saleh dan pemimpin Umno yang lain tidak menyentuh tentang agama dan kaum lain.
“ mIni bukan soal politik, kebolehmandirian (survivability) atau karier politik kerana ini adalah perjuangan yang lebih besar melibatkan Kalimah suci Allah SWT yang boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan Masyarakat Islam di negara ini,” katanya
Tambah Hairul tidak akan ada protes besar-besaran, perhimpunan atau kekacauan awam seperti yang Digambar gamburkan oleh segelintir pihak. UMNO kekal tenang dan akan mengikuti kes ini secara dekat.
“Jika pun berlaku kes membaling “ molotiv cocktail” yang berlaku di Kuantan Pahang dan di Kuching Sarawak tidak ada bukti untuk dikait perubuatan tersebut dilakukan Umno, berkemungkinan dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan kes ini masih dalam sisatan pihak berkuasa, jadi biarkan mereka menjalankan tugas menyiasat dan membawa si pelaku kemuka pengadilan” katanya.
Menurut Hairul yang lebih menyedihkan ada pemimpin tertentu dari Sabah cuba mengherat isu ini ke Sabah dengan tujuan untuk mencemarkan imej Umno dan mengajak rakyat Sabah menolak Umno demi kepentingan politik.
Malah tambah Hairul, ada pula pemimpin politik di Sabah mencadangkan agar Dr Akmal disekat dari masuk ke Sabah walaupun Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Nor mengeluarkan kenyataan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menghalang Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh memasuki Sabah membayangkan kuasa individu pemimpin ini, lebih besar dari kuasa Ketua Menteri dan kerajaan negeri.
“Perlu diingat kedatangan Dr Muhamad Akmal ke Sabah baru-baru ini kerana ada undangan untuk menghadiri program jelajah Ramadan salah satu program Pemuda Umno Malaysia ke bahagian Beaufort dan Kimanis bukannya untuk berceramah menjelaskan isu KK Mart tapi pemikiran individu yang mencadangkan sekatan termasuk menolak Umno ini terlalu sempit bercakap hanya demi kepentingan politik,” katanya.
Hariul berkata, Umno sudah bertapak di Sabah selama 33 tahun dianggotai oleh pelbagai suku kaum samada sebagai ahli dan pemimpin bahagian, tidak timbul isu perkauman apalagi dilebalkan sebagai sebuah parti yang ekstremis
“Rakyat Sabah walau berlainan agama dan kaum, tidak perlu gusar atau bimbang dengan sentiman negetif pihak yang tidak bertanggungjawab ini, UMNO Sabah kekal komited menjaga keamanan serta kestabilan yang dikecapi bersama selama ini,” katanya.