Slogan SMJ hanya menambah derita rakyat – Suhaimi

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

LAHAD DATU : Pemimpin Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebenarnya gagal menyelami dan menilai keluhan rakyat Sabah yang secara berterusan mengkritik slogan Sabah Maju Jaya (SMJ) meskipun ia merupakan cogan kata Jata Negeri Sabah.

Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata, kritikan kepada slogan SMJ berpunca daripada kekecewaan rakyat terhadap masalah infrastruktur asas yang semakin teruk di seluruh negeri ini.

“Pemimpin (GRS) menganggap apabila membesar-besarkan slogan Sabah Maju Jaya rakyat akan berasa gembira sedangkan kehidupan mereka semakin hari semakin terjejas.

“Rakyat tertekan disebabkan ketiadaan peluang pekerjaan, bekalan air, bekalan elektrik dicatu, manakala sistem perhubungan jalan raya rosak teruk dan bermacam-macam lagi masalah yang rakyat hadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Pusa Umno Sabah bagi Zon 6 yang melibatkan Umno bahagian Lahad Datu,Semporna, Tawau dan Kalabakan di dewan Sri Perdana Lahad Datu pada Ahad lepas.

“Sudah tentu pemimpin-pemimpin (GRS) tidak merasa keparitan hidup rakyat biasa.

“Tidak pernah dalam sejarah negeri Sabah apabila semua masalah rakyat itu berlaku secara sekali gus tidak kira catuan bekalan elektrik, terputus bekalan air atau masalah jalan raya yang teruk sebaliknya hanya selepas negeri ini ditadbir (GRS) pimpinan Hajiji,” katanya.

Suhaimi berkata, masalah itu berterusan berlaku, kerana pemimpin (GRS) tidak mendengar keluhan rakyat sebaliknya mereka berbangga dengan slogan Sabah Maju Jaya kononnya melalui slogan itu sahaja rakyat akan hidup senang.

Suhami menambah adalah amat melucukan apabila Ketua Menteri menuduh pemimpin pembangkang sangat takut dengan slogan Sabah Maju Jaya sehingga kononnya memburuk-burukkan kerajaan dengan menyerang slogan tersebut.

“Saya mahu nyatakan pimpinan GRS, slogan Sabah Maju Jaya itu tidak perlu diserang kerana kerajaan GRS sendiri terlalu lemah dan tidak hala tuju untuk menyelasaikan masalah rakyat sehingga semua masalah rakyat berlaku sekali gus tanpa dapat dikawal,” tambahnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles