Hubungan baik ibu bapa dan guru teras kemenjadian murid

TAMPARULI: Lebih 100 ibu bapa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Advent Tamparuli (SRAT) yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Advertisements

Bagi Donna Taisin, 32, kehadiran itu membuktikan sokongan ibu bapa terhadap murid-murid sekali gus juga menyokong pihak sekolah dalam mendidik anak-anak.

“Hubungan baik antara ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan utama dalam memastikan pembangunan holistik setiap murid.

“Pada masa yang sama peranan PIBG meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru ke arah merealisasikan kemenjadian murid,” ujarnya yang juga ibu kepada seorang murid tahun enam di sekolah tersebut.

Boyd Dane Tianam, 38, pula memaklumkan, gabungan usaha antara ibu bapa dan guru adalah kunci kejayaan yang sebenar dalam pembangunan murid.

Katanya, melalui komunikasi yang berterusan, kerjasama yang erat, dan pemahaman yang saling menghormati, ia mampu mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif dan memberi ruang kepada setiap murid untuk berkembang.

“Gabungan usaha antara ibu bapa dan guru adalah kunci kejayaan yang sebenar dalam pembangunan murid.

“Melalui komunikasi yang berterusan, kerjasama yang erat, dan pemahaman yang saling menghormati, kita mampu mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif dan memberi ruang kepada setiap murid untuk berkembang,” jelasnya.

Bagi Edmuston Edmund, 36, sinergi yang kukuh antara ibu bapa dan guru dapat memastikan setiap anak didik mendapat pendidikan yang berkualiti, pembangunan yang menyeluruh, dan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik serta sosial.

Beliau yang baharu sahaja memindahkan dua anaknya ke SRAT turut menyeru agar ibu bapa sentiasa bersama-sama dengan pihak sekolah dalam menggalakkan anak-anak terus terlibat aktif dalam semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

“Marilah kita bersama-sama mengeratkan hubungan ibu bapa-guru untuk mencapai matlamat yang sama dalam mendidik generasi masa depan,” katanya.

Pada mesyuarat agung tersebut ibu bapa dan guru-guru sebulat suara melantik semula Salbinous Saribun sebagai Pengerusi PIBG bagi sesi 2024/2025.

Boyd dipilih sebagai Timbalan Pengerusi, Ivy Sumbiling (Setiausaha), Monica Abok (Penolong Setiausaha), dan Herily Morudin dilantik Bendahari. 10 ahli jawatankuasa lain dan dua juru audit dalaman turut dipilih daripada kalangan ibu bapa dan guru-guru.

Hadir sama, Presiden Seventh-day Adventists (SDA) Mission of Sabah, Feldinand Sawanai dan Pengarah Pendidikan Seventh-day Adventist Mission of Sabah, Octavius Guling.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles