Pemandu maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sapi Nangoh

BELURAN: Seorang pemandu kenderaan Perodua Axia maut apabila berlanggar dengan sebuah Motolori, di Bukit Mengidam Jalan Sapi Nangoh/Paitan, di sini, pada Jumaat.

Advertisements

Dalam kejadian kira-kira jam 5:26 petang itu, seorang lelaki tempatan, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Kasim Bin Muda, berkata siasatan awal mendapati mangsa memandu Perodua Axia sedang dalam perjalanan dari arah Paitan balik ke kediamannya di Kampung Bangau-Bangau.

“Sebaik tiba di lokasi kawasan selekoh, mangsa telah memasuki lorong bertentangan dan telah bertembung dengan sebuah lori.

“Pemandu lori berumur 35 tahun itu mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan telah meninggal di tempat kejadian ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kasim berkata, “Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan telah di bawa ke IPD Beluran untuk membantu siasatan.”

“Pihak IPD Beluran menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles