UPKO mahu beberapa kerusi selain kubu kuat DUN Kadamaian pada PRN akan datang

SIPITANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berhasrat untuk bertanding di beberapa kerusi selain kubu kuat DUN Kadamaian pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Advertisements

Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata beliau sudah menyampaikan hasrat itu kepada Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri.

“UPKO mesti bertanding bukan hanya di kawasan Kadamaian yang kita pegang sekarang tetapi beberapa lagi kerusi lain.

“Ini penting supaya UPKO sebagai satu parti yang mahu menyumbang dengan lebih baik kepada tabir urus negara harus diberi ruang yang besar di peringkat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bermula dengan kerusi-kerusi yang lebih banyak dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Ewon berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen UPKO di Pusat Kebudayaan Lundayeh, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata pada PRN akan datang, tidak ada lagi gabungan sama seperti yang berlaku pada tahun 2020.

Menurutnya keadaan sudah jauh berbeza “maka perbincangan ke atas pengagihan kerusi kerjasama politik semasa pilihan raya seharusnya merupakan perbincangan baru.

“Pada saya dan pada UPKO perbincangan haruslah sesuatu yang segar dan baru apabila kita membincangkan soal kerjasama dalam pilihan raya negeri Sabah akan datang
dan juga penentuan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti pari yang bekerjasama dalam pailihan raya,” katanya.

Ewon berkata parti itu telah mengenalpasti beberapa kerusi yang ingin ditandangi, dan UPKO yakin dapat menyumbang kemenangan di kawasan itu, terutama di kawasan majoriti pengundi KDM dan kerusi campuran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles