Belia Perlu Kompetitif Hadapi Cabaran Masa Depan – Bung Moktar

KINABATANGAN : Golongan Belia perlu bersifat kompetitif serta mempunyai ilmu bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Advertisements

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata golongan belia perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu bukan sahaja ilmu pengetahuan namun golongan beliia juga perlu memiliki ilmu kepimpinan kerana mereka merupakan pemimpin pelapis negara masa hadapan

“Kalau ingin melihat kemajuan negara kita pada masa hadapan ,lihatlah belia pada zaman ini, tanamkan ilmu-ilmu yang berguna kepada mereka seperti ilmu perniagaan, kepimpinan dan sebagainya bagi melahirkan generasi belia yang berkualiti dan berwawasan,” Katanya Ketika berucap merasmikan Majis Apresiasi Kepada Yang Dipertua Belia Akar Umbi Daerah Kinabatangan di sini pada Ahad.

Menurut Bung yang jug Adun Lamag, negara akan berhadapan dengan pelbagai cabaran.seiringan dengan kepesatan teknologi komunikasi dunia tanpa sempadan dimana golongan belia bukan sahaja bersaing dalam negeri malah di peringkat global justeru penguasaan ilmu pengetahuan begitu amat penting untuk meletakan mereka mampu bersaing menghadapi cabaran yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

“Para belia jug perlu memerdekakan pemikiran mereka daripada sebarang unsur yang negatif, belia perlu bebas daripada pemikiran yang menghalang diri mereka dari melakukan perubahan yang lebih baik,” katanya.

Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah turut mengingatkan golongan belia agar tidak terpengaruh dengan idealisma yang membawa belia kepada budaya yang tidak mencerminkan aspirasi pembentukan negara ini.

“Kita perlu kekal dengan acuan yang sederhana dan tidak melampau dalam menyuarakan pandangan serta kritikan, jangan kerana ingin popular dan mengajar kedudukan kita lupa asal usul kita,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Bung sebagai pemimpin di kawasan tersebut beliau akan terus menyokong apa juga program yang membawa kebaikan kepada Masyarakat belia khususnya di Kawasan tersebut agar terus aktif dalam apa juga bidang.

Dalam masa yang sama Bung juga meminta persatuan-persatuan belia agar sentiasa berhubung dengan agensi-agensi lain bagi mencari peluang meningkatkan ilmu serta kemahiran para belia tempatan.

Pada majlis tersebut Bung turut menyampaikan sumbangan dana kewangan untuk persatuan-persatuan belia yang berdaftar di daerah Kinabatangan bagi membantu persatuan belia yang terlibat melaksanakan program mereka sepanjang tahun.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles