Ewon sedia peruntukan khas untuk semua sekolah di Kadamaian dan Penampang

KOTA KINABALU: Menteri Pembangungn Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, beliau akan menyediakan peruntukan khas tahun ini untuk program pembangunan pendidikan semua sekolah rendah dan menengah kawasan Penampang dan Kadamaian.

Advertisements

Ahli Parlimen Penampang itu berkata, ini termasuklah menyediakan peruntukan untuk sekolah yang mempunyai kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

“Penambahan peruntukan khas Adun membolehkan kita membantu dan menyediakan lebih banyak keperluan pembangunan rakyat di kawasan yang kita wakili.

“Oleh itu, saya akan meneruskan bantuan kepada semua sekolah menengah dan sekolah rendah yang telah saya mulakan tahun lepas iaitu RM10,000 untuk sekolah menengah dan RM5,000 untuk sekolah rendah di Kadamaian dan Penampang.

“Atas permintaan guru-guru PPKI, saya juga akan menyediakan peruntukan khas untuk membiayaai kelengkapan kelas PPKI di kawasan yang saya wakili,” katanya ketika berucap pada majlis Tautan Kasih SMK Narinang, di Hotel Raia, di sini, pada Jumaat.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, menjadi tanggungjawabnya membantu menyelesaikan keperluan pembangunan sekolah di kawasan Kadamaian dan Penampang.

Pada majlis itu Ewon meluluskan permohonan SMK Narinang sebanyak RM50,000 menggunakan peruntukan khas menteri untuk pemasangan Smart I Board Dewan Perdana sekolah itu dan turut bersetuju menggunakan peruntukan khas Adun sebanyak RM35,000 untuk menaiktaraf pondok Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Narinang untuk kegunaan kelas sementara susulan pertambahan pelajar baharu Tingkatan 1,” katanya.

Pertambahan mendadak bilangan pelajar di sekolah itu menyebabkan kesesakan murid dan bilangan kelas terpaksa ditambah. Ini kerana bilangan kelas pada masa ini tidak dapat menampung bilangan pelajar yang bertambah.

“Bagi keperluan-keperluan yang lebih besar dan pembinaan kelas kekal, saya akan membawa menteri pendidikan melawat SMK Narinang untuk melihat sendiri keperluan seterusnya menyelesaikan masalah itu tahun ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles