Kepelbagaian perayaan perlu jadi teras perpaduan rakyat capai Malaysia Madani – Jamawi Jaafar

TENOM : Setiap perayaan diraikan rakyat pelbagai kaum di Malaysia perlu dijadikan sebagai teras perpaduan selaras dengan konsep Malaysia Madani

Advertisements

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bahagian Melalap Datuk Jamawi Jaafar berkata perkongsian perayaan juga merupakan kunci utama kepada keharmonian kaum serta kesejahteraan rakyat dan negara.

Beliau berkata perkongsian perayaan melalui konsep rumah terbuka dalam perayaan-perayaan utama di Sabah seperti hari raya aidil fitri, tahun baru cina dan krismas dengan semangat kunjung mengunjungi yang sudah menjadi amalan rakyat di negeri ini, turut menjadi asas mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum dalam kalangan masyarakat

“Kita raikan kepelbagaian kaum dan agama menerusi semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain sebagai asas untuk memperkukuhkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis “ Kiniraut” (makan tenghari) bersama sanak saudara di kampung Maugus Kemabong dekat sini pada Khamis.

Majlis tersebut merupakan himpunan ahli keluarga dari keturunan Aru Ekau Malinau iaitu kakak kepada Datuk Jamawi Agaron Malinau

Sehubungan itu, Jamawi yang juga bekas Wakil Rakyat Kemabong berharap kemajmukan dan kepelbagaian di negeri ini wajar terus dipelihara bagi menjamin keamanan memakin kemakmuran dan menjalin perpaduan sesama rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

Menurut Jamawi kerajaan negeri hari ini dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mempunyai agenda besar untuk membawa kemakmuran melalui gagasan “ Sabah Maju Jaya” yang memokaskan pelbagai aspek Pembangunan untuk kesejehteraan rakyat yang sudah tentu memerlukan sokongan padu rakyat di negeri ini

“Kita perlu menghargai setiap keunikan dan tradisi masing-masing tanpa mengabaikan nilai perpaduan yang telah membawa kita bersama hidup dalam susana harmoni selama ini, saling menghormati dan kerjasama, kita boleh mencipta sebuah masyarakat lebih bersatu padu dan sejahtera,” katanya.

Jamawi yang juga Pengerusi SUDC turut meminta rakyat agar menolak segala bentuk provokasi yang berbaur kebencian dan cubaan untuk mengapi-apikan perbezaan yang wajar dibenam dengan sikap kasih sayang serta rahmah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles