Kerajaan negeri sedia perkasakan Usahawan wanita Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian akan memainkan peranan penting bagi membantu memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan melalui pelbagai program dan latihan anjuran Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR).

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang  telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Milenial Usahawan Wanita Maju Sabah (MUMS) di sini hari ini berkata, pihaknya akan berusaha untuk mempertingkatkan penglibatan keusahawan di kalangan wanita supaya mampu berdikari terutama ketika waktu sukar ketika ini.

“Golongan ini penting untuk dikembangkan bakat dan kebolehan mereka supaya bukan sahaja dapat menjadi pelapis kepada usahawan sedia ada, tetapi juga mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi keluarga dan masyarakat,” katanya.

Penaung/Penasihat MUMS, Datuk Dr. Tarsiah TZ Taman berkata, MUMS berperanan sebagai perantara bagi mendapatkan bantuan dan bimbingan yang sewajarnya daripada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keusahawanan. 

Pihaknya (MUMS) memerlukan bantuan geran sepadan (matching grants) bagi meningkatkan kapasiti serta keberkesanan produktiviti pengeluaran melalui automasi dan teknologi di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian. 

Sementara itu, Dr. Joachim menjelaskan, mereka yang berminat sama ada individu atau persatuan boleh memohon dengan Kementeriannya.

“Pihak DIDR akan membuat penapisan dan mengenal pasti mereka yang layk di mana penilaian kepada usahawan yang memohon akan dibuat, dan bukan semuanya layak terutamanya kepada usahawan yang sudah berjaya. 

Melalui penglibatan wanita dalam keusahawanan, ia memberi peluang pekerjaan kepada wanita yang tidak mendapat peluang pekerjaan di sektor Kerajaan mahupun swasta. 

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata matlamat kementerian adalah mewujudkan lebih ramai usahawan yang lebih proaktif dan berdaya saing yang dapat menyumbangkan pendapatan negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles